Ahad, 29 Mei 2011

Lukman Nurhadi + Ibunya

Petang tadi jalan2 bawa anak2 ke mersing .... Lepas beli barang2 ... sempat singgah , kalau orang sekitar ni panggil Tanjung ... so kebetulan bawa kamera ... amik la gambo ... adalah gambo anak2 jer..... tapi kali ini tentang anak yang ketiga ... Lukman Nurhadi + Ibunya yang comel sentiasa  ... baru 8 bulan ... gigi dah ada yang tumbuh ... so tengok2 la gambo ni ...




Khamis, 19 Mei 2011

Little Planet

Belajar dan terus belajar .... Gambar yang dah lama di simpan. Dari sekeping gambar panorama yang telah di adun sedemikian rupa menjadilah sebuah planet kecil yang begitu indah. Namun proses agak rumit bagi menghasilkan gambar berkenaan kerana , untuk menjadikan sebuah planet kecil memerlukan pemilihan jalan cerita bagi gambar panorama berkenaan supaya ada kesinambungan antara satu sama lain dipenghujungnya dan akan terbentuklah sebuat planet kecil yang menceritakan segala-galanya melalui sebuah karya fotografi. Apa pula pandangan dari anda?


Selasa, 17 Mei 2011

Hari Guru 2011

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa , Jika hari ini seorang Raja menaiki Takhta , Jika hari ini seorang presiden sebuah Negara , Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa , Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa , Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca .... Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupannya , guruku , Budi yang diapungkan di dulangi ilmu , Panggilan keramat " CIKGU " kekal terpahat , Menjadi kenangan ke akhir hayat .
Pada hari ini saya berpeluang untuk merakamkan menerusi lensa kamera SONY T20 kerana EOS mengalami gangguan teknikal yang kritikal. Adalah sedikit gambar2 yang sempat dirakamkan ...






Rabu, 11 Mei 2011

Dedikasi untuk Guruku ....

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
( dedikasi untuk Hari Guru dan guruku tercinta )

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang bertauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca

Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu duka
Semakin terpencil duduknya diceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara
Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu , guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “ CIKGU ” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG
1979